melayan jiwa

:sleep:

Sekarang pukul 10.32 p.m.aku bersiaran langsung dari rumah aku yang kat dungun ni..dah lama tak berdatingan dengan blogku hini. Rindu sebenarnya.Nak buat macamana since kesibukan me-limit-kan cik kikilala. Ke-stress-an memalaskan cik kikilala.ke-capek-an mem-barrier-kan cik kikilala.aduh.bahasa apakah hini aku guna.lantaklah.saja nak menghiburkan hati diri sendiri. Blog aku. Peduli ape aku.who cares.

Sangat banyak nak berceritera dan berstory-mory. Tak tahu mana nak start dulu.ada berita sedih.ada berita yang alhamdulilah.berita normal pun ada.nak yang mana satu dulu?

Baiklah.sekarang cik kikilala nak buat liputan tentang berita sedih la dulu.semoga terhibur.ha? terhibur? Tak, maksud aku semoga kamu terhayati cerita kisah benar hini.hihi.(hini? Macam best je compare tu ‘ini’)

Berita sedih 1

Akhirnya aku dah putus. Kali ini benar-benar putus. Bukan tali yang putus. Tapi hubungan aku dan muhammad fadzli yang dah putus. Aku macam tak tahu macamana nak gambarkan perasaan aku. Ada ketika aku rasa sedih dan ada ketika aku rasa sangat bersyukur. Sebab aku perlukan keputusan atau kata dua ini. Demi masa depan aku. Malas nak hurai panjang-panjang.somebody remind aku supaya “let go the past and move on..”

Aku cuma akan mendoakan semoga perpisahan ini tersembunyi seribu hikmah kepada kami. Cuma masa yang akan menentukannya.

Kenapa aku putus? Sepatutnya mungkin dah lama aku perlu ambil keputusan ini. Tapi seru la lambat sangat sampai. Hamper 4 tahun aru aku berani berterus-terang yang aku nak putus. Aku nak hidup yang lebih baik. Apa lagi.teruk jugaklah aku kena bantai dengan perkataan-perkataan yang kurang manner.tapi aku terima.aku maafkan.ikhlas. dah lepaskan aku pun dah cukup bersyukur.masa untuk membina masa depan. Masa untuk menjadi matang.jadi dewasa.masa untuk aku berikan komitmen kepada diri sendiri.aku sudah penat memberi komitmen kepada yang tidak berapa menghargai aku.apa pun.aku tak nak cerita.kitab-kitab itu perlu di-terminate-kan.episod itu sudah tamat. Tiada tundingan jari kepada sesiapa untuk menyalahkan apa yang dah terjadi.sekarang masa untuk berdoa.semoga hikmah di sebalik kejadiaan yang telah ditakdirkan ini akan membuka mata yang masih gagal melihat dan yang masih sukar untuk menerimanya..

Aku doakan semoga dia terus sukses dalam hidup.amin.

Terlalu muda mungkin untk aku tentukan cinta dan jodoh aku. Aku ada komitmen kepada keluarga. Tambah lagi hati aku dah banyak tercalar dengan kisah lampau yang agak sadis. Air mata? Tak payahlah nak cakap.kadang-kala agak perasan bahawa akulah wanita yang paling sabar dan tabah.tapi itu Cuma syok sendiri.haha.gelak la pulak.tak lawak la ok.jadi, untuk couple lagi mungkin tak mungkin.ish.pelik je ayat tu.biar aku betulkan.untuk couple balik, tak mungkin.aku dah tutup pintu hati aku.takkan sesiapa yang boleh sesuka hati mak bapak diaorang sentuh hati aku.kesian hati aku.salu bersedih.selama ini aku abaikan je hati aku semata-mata untuk memberi kebahagiaan kepada oarang lain. Kali ini, aku nak jaga hati aku.bukan bak ber-selfish. Tapi aku perlu move on dengan hidup aku yang hanya sekali. Aku nak pastikan hidup aku fully utilize dengan banyak harapan yang membina.so pasal relationship ni kita tolak aje ketepi dulu.tapi of course la aku nak kahwin.kepada yang rasa layak sila jumpa mak dan abahku.ahaha.cik kikilala merepek.jangan layan.sila abaikan.ala kalau ada, ada la. Kalo xde? Ala mesti ada punyalah..amin..hihi.kalau dah susah sangat tak ade orang yang nak kahwin ngan aku nanti aku suruh je mak aku carikan sorang.wahaha.ngarut lagi.

Berita sedih 2

Hari ini aku dah withdraw from GEMS programme. Aku keluar sebab aku dah dapat korja.korja?ahaha.klaka.but the word korja still lebih funny drp word kerja.hihi.so tadi macam agak sedih jugaklah tinggalkan Suria dan geng-geng GEMS. Aku rasa sangat best joined program tu actually.banyak ilmu yang aku dapat. Ramai kawan. Dan yang paling best aku dapat hipporus. Tapi bila nak rapat-rapat ngan hiporus terus je dapat offer job. Tak sempat nak bermanja-manja.ahaha.cik kikilala sedang mengarut.tapi nak buat macamana. Dalam kegembiraan dapat job, ada jugaklah sedihnya sebab kena tinggalkan apa-apa yang dah dekat di hati. Terutamanya si hipporus itu.tapi aku percaya. Everything happened for reasons. Tuhan tu Maha bijaksana kan. Tak tahu apa hikmah di sebalik semua ketentuan-Nya. Yang pasti memang ada hikmah. Just believe it.and it will be.and now here I am kat umah.

Berita baik 1

Actually berita baiknya itulah-dapat job. Alhamdulilah aku pass interview yang di-scheduled-kan oleh Adecco Personnel. Aku data call untuk interview dan dapat tahu aku dah accepted dalam masa yang singkat sangat.tak sampai 3 hari. Alhamdulilah.Rezeki mungkin.sangat bersyukur, I can see my parents happy with this good news.

Duty report date : 17th August 2009

Company : Citigroup Transaction Service Sdn. Bhd (M), Jalan Ampang. KL.

Position : Bank Officer ( offline statistical officer)

Sekarang dalam proses persediaan mental dan fizikal untuk masuk ke ala korja itu. Sangat takut. Tak takut sebenarnya. Tapi agak berdebar-debar. Maklumlah . kali pertama. Company omputih lak tu. Cane tah aku leh sesat pergi kerja situ. Layan ajalah. Janji aku nak duet.haha. semoga semuanya berjalan lancar.amin…………………………….